Wednesday, April 1, 2009

Latar Belakang dan Pelancaran


Majlis perlancaran K3P Kampung Belimbing Dalam telah dirasmikan oleh Allahyarham Datuk Seri Hj. Mohd Zin bin Hj. Abd. Ghani, Ketua Menteri Melaka. Majlis tersebut telah diadakan pada jam 8.00 pagi, 13 Julai 1996 dan bertempat di Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka.

Aktiviti-aktiviti semasa pelancaran:-

* Pertandingan mewarna dan melukis
* Menyambut ketibaan Y.A.B Ketua Menteri
(diiringi dengan pasukan bermotosikal & disambut acara Perkahwinan
Adat Melayu Melaka)
* Mengadakan pameran agensi kerajaan & swasta, gerai-gerai makanan
dan minuman.
* Pertandingan mencipta logo, slogan, bercerita, deklamasi sajak, melukis,
bercerita dan keindahan halaman rumah.
* Pertandingan Kuih Tradisional, petandingan makanan ringan, pertandingan
kraftangan, petandingan masakan ikan keli.
* Siaran langsung pentas kanak-kanak (RTM)
* Sukaneka Keluarga K3P -Perlawanan Bola sepak carca marba artis & RTM
& Jabatan vs penduduk Kampung Belimbing Dalam.
* Konsert K3P persembahan artis-artis jemputan

Kemudiannya Komuniti BESTARI telah diisytiharkan penubuhannya pada 12 Oktober 2004 oleh Y.A.B. Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia di MITC, Melaka untuk menggantikan K3P. Penstrukturan semula juga telah dibuat dengan konsep satu DUN dan kini telah dikenali dengan nama Komuniti BESTARI DUN Durian Tunggal (Kg. Belimbing dalam).



Sejarah Kg. Belimbing Dalam



Tiada catatan sejarah dikesan siapa dan bila Kampung Belimbing Dalam dibuka. Namun, adalah dijangkakan kampung ini telah diteroka kira-kira 200 tahun lampau oleh sekumpulan pejuang Melayu dari Pegawai Istana Melaka yang berpangkat Temenggung.


Oleh kerana Bandar Melaka pada masa itu telah diserang oleh Portugis (1511) dan Belanda (1641), orang Melayu Melaka tidak mendapat tempat lagi di Melaka setelah rajanya diusir/meninggalkan Melaka, maka Dato’ Temenggung dan pengikutnya lari mudik ke hulu Melaka mencari tempat berlindung/bertahan dari serangan musuh, lalu meneroka kampung ini.


Dalam masa menebang dan menebas hutan belukar yang kebanyakannya dipenuhi pokok rumbia serta laluan binatang liar seperti gajah bagi menjadikan kampung, mereka menjumpai pokok BELIMBING yang jauh (DALAM) ke dalam hutan serta jauh dari sungai (Sungai Melaka) tempat laluan mereka.


Lantas mereka namakan tempat ini KAMPUNG BELIMBING DALAM kekal sehingga ini. Sehingga ke hari ini juga penduduk Kampung Belimbing Dalam juga mengikut adat istiadat ‘TEMENGGUNG’, sebaliknya kampung jirannya, Kampung Pantai Belimbing dan Kampung Parit Melana mengamalkan adat PEPATIH.
SUMBER:

Monday, March 30, 2009


Lawatan sambil belajar Komuniti BESTARI DUN Durian Tunggal
(Kg. Belimbing Dalam) ke Medan, Indonesia.

Assalamualaikum.... dan Salam Sejahtera

Komuniti BESTARI DUN Durian Tunggal (Kg. Belimbing Dalam) merupakan sebuah organisasi yang komited sebagai saluran untuk menyebarkan maklumat terunggul dan bermatlamatkan untuk melahirkan masyarakat bermaklumat, bersatupadu dan maju sejajar dengan wawasan negara.

Ianya telah ditubuhkan pada 13 Julai 1996 dan Anjung BESTARI ditempatkan di balairaya kg. Belimbing Dalam. Penaungnya YB Datuk Hj. Abdul Wahab bin Abd. Latif, Ahli Dewan Undangan Kawasan Durian Tunggal, manakala ianya dipengerusikan oleh Tn. Hj. Ismail bin Ibrahim serta 40 orang ahli jawatankuasa telah dilantik sebagai mewakili setiap kampung di dalam kawasan DUN.

Pelbagai produk yang dihasilkan oleh ahli-ahli Komuniti BESTARI antara Mangga delite,buah naga, kuih tradisonal dan perusahaan nurseri.

Antara anugerah yang pernah dicapai dalam pertandingan Komuniti BESTARI Peringkat Kebangsaan ialah mendapat tempat ke-4 pada 2002 dan naib johan pada tahun 2004.


Warga Komuniti BESTARI amat mengalu-alukan sebarang pendapat, pandangan dan komen anda untuk dikongsikan bersama.